HEADLINES

Menantu Muhyiddin, peguam sudah dimasukkan dalam notis merah Interpol

Tindakan mengenakan notis merah itu dibuat selepas mereka belum pulang bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguam Mansoor Saat telah dimasukkan ke dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan kepada Utusan Malaysia berkata tindakan mengenakan notis merah itu dibuat selepas mereka belum pulang bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ya,sudah. Tindakan notis merah dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Utusan turut memetik sumber berdasarkan rekod Imigresen, Adlan dipercayai keluar dari negara ini melalui Johor Bahru ke sebuah negara jiran, Mei lalu.

“Beliau (Muhammad Adlan) kemudian dipercayai telah bergerak ke sebuah lagi negara lain dari situ,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan SPRM mencari Adlan dan Mansoor, yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS), bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Pada 9 Ogos lepas Adlan menerusi kenyataan oleh peguamnya memaklumkan, beliau tentunya akan pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi memberikan kesemua jawapan dan membantu SPRM dalam apa-apa siasatan, selagi tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

Mansoor dalam kenyataannya pula menyangkal dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan, sebaliknya tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan dan telah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related