◉ HEADLINES

Nahas Putrajaya: Pemandu treler dituduh di mahkamah Isnin ini

Reman terhadap suspek turut dilanjutkan dua hari lagi

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di Putrajaya, Rabu lalu akan dihadapkan ke mahkamah, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan diberi arahan untuk tuduh suspek terbabit pada Isnin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, reman terhadap pemandu treler itu turut dilanjutkan dua hari lagi dan suspek akan terus dibawa ke mahkamah untuk dituduh.

Terdahulu, Scoop melaporkan, suspek yang berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu.

Dalam kemalangan pada jam 10.15 pagi Rabu lalu yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

A Asmadi berkata, pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan pengalihan laluan semasa konvoi beberapa buah motosikal polis pengiring sebelum berlakunya kemalangan di Putrajaya semalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, kemalangan itu seharusnya tidak berlaku kerana laluan di Kilometer 5.7 dari IOI City Mall Putrajaya menghala ke Presint 12 tidak sibuk dan teratur meskipun polis ada melakukan alihan lalu lintas. – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related