◉ HEADLINES

Operasi bawa keluar bangkai, serpihan pesawat selesai: Polis

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lokasi nahas akan dikosongkan malam ini

9:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di sini telah selesai hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lokasi nahas akan dikosongkan malam ini.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata kesemua kawalan polis di lokasi nahas juga akan dihentikan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan telah meninggalkan lokasi nahas pada kira-kira 7 malam.

Keadaan cuaca yang mendung dan kadangkala hujan tidak menghalang proses membawa keluar bangkai pesawat itu.

Selain itu, jalan yang terlibat dengan nahas akan dibersihkan namun laluan masih ditutup dan polis juga telah membuka garisan kuning yang dipasang di lokasi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berlaku.

Siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 – Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), telahpun dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara dari tarikh kejadian itu.

Nahas yang berlaku pada Khamis lepas telah mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related