HEADLINES

Pemandu treler rempuh kenderaan di Putrajaya direman 4 hari

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya

12:33 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Semalam, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata, dua mangsa maut dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang juga kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

A.Asmadi turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan pengalihan laluan semasa konvoi beberapa buah motosikal polis pengiring sebelum berlakunya kemalangan di Putrajaya semalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, kemalangan itu seharusnya tidak berlaku kerana laluan di Kilometer 5.7 dari IOI City Mall Putrajaya menghala ke Presint 12 tidak sibuk dan teratur meskipun polis ada melakukan alihan lalu lintas. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Unraveling tragedy: The role of inquests in Malaysian law – Chuah Bee Kim

More than just a legal process, inquests provide families with answers, shaping policies that prevent future loss

Related