◉ HEADLINES

Pencarian di lokasi nahas 95 peratus selesai: Razaruddin

10:25 AM MYT

 


SHAH ALAM – Operasi pencarian di lokasi nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, hampir 95 peratus selesai, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Pencarian kita (hampir) selesai. Hanya proses terakhir untuk membersihkan (tempat kejadian) dan mencari baki cebisan mayat,’’ katanya pada sidang media di sini.

Tambahnya, baki 5 peratus yang belum dicari oleh polis adalah seperti di bawah kenderaan.

Sebanyak 21 barangan peribadi, katanya, seperti tali pinggang ditemui di lokasi pesawat terhempas itu.

Sementara itu, operasi mengesan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di sini, disambung jam 9 pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang semalam, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie dekat sini.

Lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Legal experts show two ways to solve Negeri Sembilan constitutional crisis

Haniff Khatri Abdulla calls for private royal mechanism; retired judge Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer says Federal Court can take own initiative to intervene

◉ Related