HEADLINES

Pengundi Simpang Jeram kekal sokong PH, Nazri menang dengan majoriti 3,514 undi

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 9.12 malam tadi di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, Muar malam ini

9:45 PM MYT

 

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan majoriti 3,514 undi. 

Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 9.12 malam tadi di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, Muar malam ini. 

Menurut data SPR 40,379 pengund yang layak mengundi pada PRK hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, DUN Simpang Jeram dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH apabila memperoleh 8,749 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Md. Don (6,062 undi), Zarul Salleh dari PN (6,350 undi) dan Mahaizal Mahmor dari Pejuang (208 undi).

Kemenangan Nazri, 56, yang pernah menjadi pegawai khas kepada Salahuddin Ayub, sekali gus menamatkan impian Perikatan Nasional (PN) untuk merampas kawasan yang pernah disandang oleh Salahuddin selama hampir dua penggal.

Nazri merupakan seorang jurutera yang berkhidmat di Majlis Perbandaran Muar selama 30 tahun, sebelum menamatkan perkhidmatan sehari sebelum proses penamaan calon diadakan pada 26 Ogos lepas.

PRK Simpang Jeram diadakan susulan kematian Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah, pada 23 Julai lepas. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related