HEADLINES

Pengundi tak kisah kontroversi terpalit pada Rina, mereka undi parti bukan calon semata-mata

Mereka mengakui kontroversi-kontroversi yang melanda bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak memberikan kesan

4:46 PM MYT

 

SHAH ALAM — “Kami mengundi demi parti, bukan calon semata-mata,’’ demikian kata pengundi di DUN Batu Tiga yang enggan mempedulikan kontroversi melanda calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun.

Mereka mengakui kontroversi-kontroversi yang melanda bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak memberikan kesan.

Ahmad Gadafi, dia tidak peduli dengan gosip-gosip yang terpalit dengan Rina kerana apa yang penting ialah undiannya untuk parti – Gambar Scoop, 11 Ogos, 2023

Bagi peniaga apam balik yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad Gadafi, dia tidak peduli dengan gosip-gosip yang terpalit dengan Rina kerana apa yang penting ialah undiannya untuk parti.

“Jika lihat latar belakang Rina, beliau pernah menjadi menteri. Tak kisah sama ada dia dari kawasan sini ataupun tidak, saya yakin pengundi di sini akan undi disebabkan parti, bukannya calon.

“Mungkin gosip mengenai sikap ‘diva’ yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah provokasi dari pihak lawan untuk membunuh karakter beliau.

“Sejujurnya saya kecewa dengan keputusan PRU-15 yang lalu apabila Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan demi membentuk Kerajaan Perpaduan. Jadi kali ini saya akan undi demi perubahan,” katanya.

Semalam seorang wanita yang mengaku sebagai bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Rina meminta orang ramai supaya tidak mengundi Rina yang dianggap sebagai Diva.

Sementara itu, Danial Zarif, 23, yang kecewa kerana BN bergabung dengan PH, justeru kali ini mahu menukar parti.

Danial Zarif kecewa kerana BN bergabung dengan PH, justeru kali ini mahu menukar parti – Gambar Scoop, 11 Ogos, 2023

“Sebagai seorang yang sejak dari kecil menyokong BN, keputusan parti itu untuk bergabung dengan ‘musuh’ utama mereka benar-benar mengecewakan saya. Untuk PRN kali ini, saya akan mengundi parti lain,’’ katanya.

Bagi Shariza Muhammad, 35, yang juga seorang pegawai pemasaran, dia berpendapat keputusan untuk meletakkan Rina di DUN Batu Tiga mungkin bukanlah satu idea yang bernas namun pengundi akan mengundi Rina disebabkan mereka ingin ‘membalas dendam’

“Kalau dilihat di kawasan rumah saya, banyak poster Rina Harun sahaja yang terpampang. Mungkin ada yang tak suka dia sebab dia bukan dari kawasan sini dan banyak kontroversi. Bagi saya, kali ini saya tidak akan mengundi sebab calon, tetapi sebab parti,” jelasnya. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related