HEADLINES

Peralatan sukan akan diaudit, demi keselamatan murid: Fadhlina

Selain peruntukan berkaitan sukan, KPM juga sedang melihat, bagaimana untuk memastikan peralatan sukan (di sekolah) diaudit agar ia berada dalam keadaan baik dan selamat

12:21 PM MYT

 

SERDANG – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya semasa melakukan aktiviti bersukan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata adalah sangat penting untuk memastikan peralatan sukan dan padang sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat seiring dengan dasar kementerian yang menggalakkan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

“Fasiliti pembangunan sukan mesti diberi tumpuan. Di peringkat KPM selain peruntukan berkaitan sukan, kami juga sedang melihat, bagaimana nak pastikan peralatan sukan (di sekolah) diaudit agar ia berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan anak-anak,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Padang Sintetik Soon Ah Koon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Serdang di sini, hari ini.

Menurutnya dasar 1M1S juga akan diperluaskan agar kesemua murid mempunyai akses kepada permainan dan sukan sekali gus menjayakan aspirasi ke arah membudayakan sukan dalam kehidupan supaya generasi lebih sihat.

“Pembudayaan sukan harus bermula dari peringkat awal persekolahan…Paling penting dalam konteks keseluruhan, holistik pembangunan karektor (murid) ini termasuklah dalam sukan.

“Kami juga sedang berusaha agar seboleh-bolehnya sukan ini juga dapat menjadi medium perpaduan dalam kalangan pelajar,” kata Fadhlina.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan SJK (Cina) Serdang yang berusaha mendapatkan tajaan untuk mempertingkatkan fasiliti sukan di sekolah berkenaan dan berharap ia dapat dijadikan contoh yang baik kepada semua pihak.

“Padang sintetik bernilai lebih RM700,000 ini akan memberi impak cukup besar dalam pembangunan sukan anak-anak. Saya ucapkan tahniah kepada sekolah dan lembaga pengurusan sekolah yang berusaha memastikan fasiliti sukan sekolah berada pada tahap terbaik,” katanya. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related