HEADLINES

Peratusan undi awal di empat negeri rekod lebih 80 peratus setakat 1 tengah hari

Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 83 peratus

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat negeri merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus bagi undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 1 tengah hari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 83 peratus manakala Kedah dengan 81 peratus.

Pulau Pinang pula merekodkan 80 peratus; Selangor dengan 78 peratus manakala peratusan undi awal PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 80 peratus.

Undi awal membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Sementara, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related