HEADLINES

Pesawat TUDM tergelincir dari landasan, 4 pegawai tidak cedera: CAAM

Juruterbang pesawat itu menghubungi ATC Subang memaklumkan mengenai masalah pada gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia(CAAM) mengesahkan kemalangan sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Subang, pada jam 12.54 tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat latihan dengan nombor pendaftaran M41-02 dikendalikan TUDM itu, tergelincir dari landasan semasa mendarat dan kesemua empat pegawai, termasuk juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Juruterbang pesawat itu menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang memaklumkan mengenai masalah pada gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Menara ATC Subang segera memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang (AFRS), bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat.

“Pesawat tersebut dalam proses dialihkan dan pemeriksaan penuh landasan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan operasi di lapangan terbang.

“Landasan dijangka dibuka semula untuk beroperasi pada jam 5 petang. Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah pesawat TUDM Beechcraft King Air didakwa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang hari ini, susulan masalah gear.

Manakala, menerusi kenyataan dikeluarkan Firefly menerusi Facebook, ia memaklumkan landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara.

Katanya, penutupan sementara itu adalah bagi kerja pemeriksaan dan siasatan keselamatan.

Pada masa sama, pihak syarikat itu memohon maaf kepada penumpang berhubung perkara terbabit. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related