◉ HEADLINES

Op Pedo: Fahmi ulangi gesaan, penyedia platform dalam talian perlu lebih proaktif

Fahmi turut menasihatkan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama di bawah umur bagi memastikan keselamatan mereka terjamin

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyedia platform dalam talian digesa lebih proaktif dalam menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang susulan penemuan lebih 40,000 bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM) menerusi Op Pedo semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan 13 lelaki dalam Op Pedo yang dijalankan oleh polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam.

Pada masa sama, Fahmi turut menasihatkan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama di bawah umur bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Kerajaan Madani akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara, serta tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa depan mereka.

“Tindakan tegas itu, katanya membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk secara dalam talian,’’’ katanya dalam kenyataan menerusi platform media sosialnya hari ini.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada pihak terbabit khususnya Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) dan MCMC atas pelaksanaan operasi bersepadu Op Pedo semalam.

Operasi itu bertujuan menjejaki penjenayah seksual terhadap kanak-kanak di pelbagai platform dalam talian.

“Sama-sama kita melindungi generasi muda daripada segala bentuk ancaman dan eksploitasi,’’ katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataannya memaklumkan seorang warga emas berusia 74 tahun merupakan antara 13 lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM) menerusi Op Pedo semalam.

Razarudin berkata, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

“Pemeriksaan terhadap pelbagai peranti serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik 13 suspek telah menemukan lebih kurang 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa.

“Ia meliputi tujuh set komputer, satu unit komputer riba, 11 telefon bimbit serta 16 unit modem dan router,’’ katanya. – 24 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related