HEADLINES

Persahabatan utuh Malaysia-Timor-Leste asas hubungan erat dua negara

Persahabatan Malaysia-Timor-Leste bertunjangkan nilai bersama dalam kehormatan insan, demokrasi dan saling menghormati

8:56 AM MYT

 

DILI (TIMOR-LESTE) – Hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste melangkaui diplomasi rasmi dan mencerminkan persahabatan yang dibina puluhan tahun dalam perjuangan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão di sini malam tadi, turut mengimbau kembali betapa ramai sahabatnya dari wilayah itu bersama-sama mengharungi ujian dan kesusahan, tidak pernah menjangkakan bahawa satu hari nanti mereka akan duduk bersebelahan untuk merangka platform bersama bagi kerjasama dua hala yang lebih kukuh.

Beliau turut menyifatkan persahabatan yang utuh itu sebagai asas kepada hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste hari ini.

“Semangat setiakawan, kasih sayang, dibalas dengan baik. Dan rakyat Malaysia sayangkan Timor-Leste,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata sokongan Malaysia terhadap Timor-Leste adalah bertunjangkan nilai bersama dalam kehormatan insan, demokrasi dan sikap saling menghormati, yang kekal sebagai inti pati kepada aspirasi kedua-dua negara.

Beliau juga menzahirkan terima kasih kepada Ramos-Horta dan kepimpinan Timor-Leste atas layanan mesra mereka yang menurutnya bukan sahaja mencerminkan hubungan diplomatik tetapi juga persaudaraan antara rakyat kedua-dua negara.

Timor-Leste bakal menyertai Asean secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur Oktober ini, satu pencapaian yang terus disokong kuat Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. – 24 September, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related