◉ HEADLINES

Mayat Hud Aryan, kanak-kanak berusia 19 bulan ditemui di muara sungai

Hud Aryan, dilaporkan hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga, di Tanah Merah, Kelantan sejak Isnin

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang dilaporkan hilang sejak Isnin, ditemui tersangkut pada pokok di muara sungai dekat Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

Mayat Hud ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarganya pada jam 4.20 petang tadi, selepas kira-kira 45 jam kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga, di Tanah Merah, selepas waktu maghrib, Isnin lalu.

Operasi mencarinya sebelum ini dijalankan oleh polis termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah berkata, kehilangan kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, tanpa sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini.

Siasatan juga, katanya, mendapati mendapati keluarga bayi itu tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak berkaitan kehilangannya, lapor Bernama.

Sementara itu, ibu mangsa, Azean Nur Atikah Ramley, 34, berkata kehilangan Hud Aryan disedari selepas dia keluar dari dapur kira-kira 7.20 malam, Isnin lepas.

“Selepas suap Hud Aryan makan nasi, saya pergi ke dapur untuk cuci tangan dan pinggan … setelah selesai semuanya kira-kira empat minit kemudian, saya keluar semula pergi ke ruang tamu dan terkejut apabila mendapati anak saya telah hilang.

“Saya terus mencari di sekeliling rumah, tetapi gagal menjumpai anak saya sebelum pergi ke rumah saudara dan jiran untuk memaklumkan mengenai kehilangan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Kampung Aira Kuala Tiga, hari ini.

Azean Nur Atikah dan suaminya Mohd Nor Hafifi Saidee, 34, berharap agar anak mereka ditemukan dengan selamat, namun reda atas ketentuan Allah.

“Saya berkahwin pada 2017 dan selepas tiga kali mengalami keguguran barulah Hud Aryan lahir, kejadian ini merupakan dugaan yang perlu saya dan keluarga lalui,” katanya dalam nada sebak. – 26 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related