◉ HEADLINES

PM dibenarkan keluar HKL pagi ini

Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada jam 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada jam 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi.

“Buat masa ini saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok (Isnin) pagi, Insya-Allah,’’ katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau, semalam. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related