◉ HEADLINES

PM ke New York, sertai UNGA ke-78

Ini merupakan penampilan pertama Anwar di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu dan beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Jumaat ini

6:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas ke New York, Amerika Syarikat, malam tadi, untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata beliau bersama Dr Wan Azizah dan delegasi Malaysia memulakan perjalanan menuju ke New York bagi menyertai UNGA ke-78.

Delegasi Malaysia dijangka tiba di New York pada jam 10 pagi Rabu (10 malam waktu Malaysia).

Anwar berkata dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, beliau antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain.

“Doakan misi delegasi Malaysia berjalan lancar insya-Allah,” katanya.

Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 yang bermula hari ini hingga 26 September ini.

Ini merupakan penampilan pertama Anwar di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu dan beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Jumaat ini. – 20 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Thai FDA recalls contaminated Hong Thai inhalers popular among Malaysians

Test by the FDA revealed microbial contamination, raising safety concerns among Malaysian users and tourists who frequent the product

◉ Related