HEADLINES

PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih Adun baharu hari ini

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Okt lepas

9:11 AM MYT

 

BINTULU – Sebanyak 22,731 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak hari ini.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran akan dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk 43 anggota dan pegawai polis bagi PRK berkenaan.

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Okt lepas. 

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah pada sebelah pagi dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini mencapai 65 peratus.

Semasa meninjau persiapan SPR di Pusat Penjumlahan Undi PRK Jepak di Dewan Suarah di sini pada Khamis, beliau berkata keputusan dijangka diumum pada 9 malam.  

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip daripada GPS pada 15 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang diadakan pada Disember 2021, Allahyarham Talib yang menyandang kerusi DUN Jepak sejak 1996 berjaya mempertahankannya dengan memperoleh majoriti 4,243 undi. – 4 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related