HEADLINES

Finas diminta teliti isu gaji pelakon kanak-kanak, pastikan tiada pihak ambil kesempatan

Fahmi Fadzil berkata isu ini penting memandangkan kanak-kanak mungkin tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang pelakon

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi akan mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meneliti isu gaji pelakon kanak-kanak bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan terhadap golongan itu. 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu ini penting memandangkan kanak-kanak mungkin tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang pelakon. 

“Pada waktu ini Finas sedang meneliti beberapa pindaan akta termasuk Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) untuk tambah baik isu kanak-kanak dan orang muda yang terlibat dalam penggambaran, selain isu kebajikan seniman, veteran dan kru penggambaran,” katanya. 

Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berhubung langkah bagi melindungi hak dan keselamatan pelakon kanak-kanak.

Sementara itu menjawab soalan asal Senator Datuk Noraini Idris, Fahmi berkata pihaknya memandang serius statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkenaan 73.13 peratus penerbit filem tidak peka terhadap keperluan permohonan Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Beliau berkata pada masa ini kebanyakan syarikat penggambaran dan perfileman berhubung dengan Finas untuk memohon Surat Perakuan Penggambaran (SBP).

“Kita akan jadikan salah satu kayu ukur program Finas untuk pastikan semua syarikat yang mohon SBP faham lesen yang mereka perlu mohon dengan Jabatan Tenaga Kerja,” katanya. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related