◉ HEADLINES

PRK: Muhyiddin dakwa kemenangan PN di Pulai mampu halang persempadanan semula

Ketika ini, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 148 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, termasuk Parlimen Pulai

12:38 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, dapat memastikan Kerajaan Perpaduan tidak memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, sekali gus boleh menghalang pentadbiran Perdana Menteri daripada meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mudah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan gabungannya itu di kerusi berkenaan juga mempunyai implikasi penting untuk melindungi berlakunya persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Isunya adalah kemungkinan persempadanan semula kawasan pilihan raya sepanjang penggal ini. Kerajaan mahukan majoriti dua pertiga kerana tanpanya, mereka tidak boleh mengubah Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi jika mereka mempunyai majoriti itu dan semua pihak di Parlimen menyokong PH, mereka boleh dengan mudah melaksanakan rancangan ini dan merealisasikannya,” katanya pada sesi dialog dengan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Kempas di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu melahirkan kebimbangan bahawa perubahan kawasan pilihan raya, mungkin tidak memberi manfaat kepada pengundi Melayu dan boleh menjejaskan masa depan mereka.

“Jika mereka (kerajaan) bercadang melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan pengundi khususnya orang Melayu, maka ia adalah sesuatu yang akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu,” katanya.

Ketika ini, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 148 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, termasuk Parlimen Pulai.

Selain itu, Muhyiddin menegaskan, beliau yakin jentera pilihan raya PN, mampu melaksanakan operasi secara lancar dan berkesan bagi kedua-dua PRK, iaitu Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Beliau juga yakin sokongan pengundi berterusan terhadap calon PN, Zulkifli Jaafar di Pulai dan Dr Mohd Mazri Yahya di Simpang Jeram. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related