HEADLINES

PRK Pulai: Kempen calon PH dekati akar umbi Umno

Ini kerana masih ada segelintir pihak masih kurang jelas dengan dinamik politik ketika ini 

8:37 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kempen jentera Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai turut tertumpu kepada usaha memperkukuh kesepaduan umbi parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Calon PH Suhaizan Kaiat berkata walaupun kesepaduan antara jentera PH-Barisan Nasional (BN) sudah berjaya diterjemah namun penjelasan di peringkat akar umbi khususnya Umno masih perlu diperkemas.

Beliau berkata ini kerana masih ada segelintir pihak masih kurang jelas dengan dinamik politik ketika ini yang menyaksikan PH-BN menjadi sekutu membentuk Kerajaan Perpaduan sedangkan sebelum ini, kedua-duanya adalah seteru.

“Dalam tempoh berkempen ini, saya akan turun bertemu pengundi dan akar umbi terutama Umno untuk memberi penjelasan kepada mereka dan merayu sokongan mereka.

“Di peringkat BN dan Umno sendiri, pemimpin mereka Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pengerusi BN Johor) juga giat memberi penjelasan kepada akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas sesi ceramah di Bilik Gerakan PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling di sini malam ini.

Suhaizan juga yakin jika kesepaduan PH-BN terus diperkukuh, kemenangan PH di kerusi Parlimen itu dapat dikekalkan dengan majoriti selesa pada PRK ini.

Terdahulu, ketika berucap pada sesi kempen itu, Suhaizan menasihati jentera PH-BN agar tidak terlalu selesa dengan jumlah majoriti yang diperoleh penyandang kerusi Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Umum lepas.

“Kita perlu teruskan legasi Allahyarham (Salahuddin) dan tambah baik prestasi kita,” katanya.

Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi berikutan kematian penyandangnya iaitu Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi diadakan serentak dengan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related