HEADLINES

PRK Pulai: Pesakit nekad ‘lari’ dari hospital untuk mengundi

2:19 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas nekad ‘lari’ seketika dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini. 

Daud Ismail, 71, berkata walaupun pada awalnya niat itu dihalang petugas hospital, dia tetap bertegas untuk ke pusat pengundian Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari hospital dengan dibantu anak angkatnya.

“Pagi tadi saya sudah bersiap untuk pergi mengundi, tetapi dilarang petugas hospital dengan alasan kurang sihat. Saya bertegas juga untuk keluar mengundi.

“Saya kata pada mereka, kalau tidak benarkan mengundi hospital kena keluarkan surat kerana mengundi itu hak saya. Jadi, saya tekad keluar dan minta anak angkat mengambil saya untuk bawa ke pusat mengundi,” katanya kepada Bernama.

Dia yang mendapatkan rawatan di HSA sejak Isnin lepas kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung bengkak dan darah pekat, bersyukur kerana proses pengundian cepat dan tidak berdepan sebarang masalah.

Dia yang masuk ke bilik mengundi pada 10.29 pagi dengan berkerusi roda dan ‘uniform’ hospital serta ‘drip’ di tangan, selesai melaksanakan tanggungjawab itu pada 10.31 pagi hasil bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sangat bersemangat untuk mengundi, tak kisah siapa yang saya undi, ini tanggungjawab saya kepada negara…rasa lega sangat bila dah selesai. Harapan saya sama seperti orang lain yang mahukan wakil rakyat yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat.

“Saya tak nak memperjudikan nasib anak cucu saya. Nasihat saya pada orang muda, keluarlah mengundi jangan ambil mudah,” katanya.

Sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang melibatkan 40,301 pengundi bagi memilih wakil rakyat baharu hari ini.

Kedua-dua PRK dilakukan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related