HEADLINES

PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat: Aminuddin

Meskipun gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat kemenangan dua pertiga, faktor kekalahan kerusi terutama di kubu kuat perlu dikenal pasti dan dikaji

3:52 PM MYT

 

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam sebagai amaran daripada rakyat untuk memperbaiki segera segala kekurangan yang ada.

Beliau berkata meskipun gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat kemenangan dua pertiga, faktor kekalahan kerusi terutama di kubu kuat perlu dikenal pasti dan dikaji dengan mendalam.

“Ada beberapa tempat kita rasakan sebenarnya, ada kawasan Felda dan pinggir bandar selalunya jadi kubu kita tapi gagal pertahankan seperti Paroi dan Labu … itu satu amaran kepada kita untuk kenal pasti puncanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga daripada 36 kerusi DUN di negeri ini dengan PH menang 17 kerusi dan BN menang 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) meraih lima kerusi.

Lima kerusi dimenangi PN itu adalah di Paroi dan Labu yang sebelum ini milik PH manakala BN kehilangan kerusi DUN Serting, Bagan Pinang dan Gemas.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata peratusan keluar mengundi pada PRN ini menunjukkan penurunan hampir di setiap saluran yang antaranya berkemungkinan disebabkan faktor kesukaran pelepasan cuti daripada majikan untuk keluar mengundi.

“Mungkin juga mereka telah mengundi (kerusi Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengajarannya, selepas ini kita kena pastikan pilihan raya disekalikan, ia memudahkan dan rakyat tidak perlu mengeluarkan belanja lagi untuk pulang ke kampung halaman,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin yakin PH dan BN mampu membuktikan keserasian untuk mentadbir negeri itu dengan lebih baik dan cemerlang selepas ini.

“Saya yakin kita mampu menunjukkan bahawa kepimpinan ini serius untuk memperjuangkan serta membela anak bangsa di negeri ini,” katanya. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related