◉ HEADLINES

Proses mempertimbang percepat pembinaan 4 MRSM dirunding KKDW, MoF: Zahid

MRSM terbabit adalah di Tanah Merah dan Ketereh di Kelantan; Sik, Kedah serta Lawas, Sarawak

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan berunding dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi mempertimbangkan untuk mempercepat pembinaan empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di tiga negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, MRSM terbabit adalah di Tanah Merah dan Ketereh di Kelantan; Sik, Kedah serta Lawas, Sarawak.

“Jadi empat MRSM ini, iaitu Tanah Merah, Lawas, Sik dan Ketereh, kita akan berunding dengan MoF, terutama (bersama) Perdana Menteri (yang juga Menteri Kewangan) agar keempat-empat MRSM berkenaan dipertimbang untuk diwujudkan,” katanya ketika sesi penggulungan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama dibangkitkan beberapa ahli Parlimen, terutama berkait situasi semasa pembinaan MRSM baharu di kawasan mereka.

Ahmad Zahid berkata, bagi MRSM Tanah Merah, peruntukan awal diluluskan sebelum ini adalah RM100 juta, namun kini kos sebenar meningkat kepada RM126.86 juta.

“MRSM Sik dahulu kos RM99.4 juta, kini naik RM121.04 juta; MRSM Ketereh dulu RM120 juta sekarang menjadi RM136.7 juta.

“Lawas kos asal RM130 juta, kos sekarang ini RM151.76 juta,” katanya.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN – Tanah Merah) mencelah memaklumkan bahawa MRSM Tanah Merah yang dirancang pembinaan sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan kemudian dibina serentak bersama MRSM di Bagan Datuk, Perak, masih belum dapat disiapkan.

Ahmad Zahid mengatakan, perkara itu akan dilihat supaya pembinaannya disesuaikan dengan kos untuk menguruskan maktab berkenaan.

“Saya juga secara peribadi ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang lulus dan laksanakan MRSM Bagan Datuk, bukan saya yang luluskan tapi Bera. MRSM ulul albab ini dah berjalan bukan sahaja akademik tapi juga huffaz,” katanya.

Sementara itu Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) turut bangun mencelah bertanyakan mengenai MRSM di Lumut yang sebelum ini dirancang dibina, malah tapak sudah disediakan sebelum ini.

“Untuk Lumut tanah itu tetap tanah MRSM, kalau Lumut balik cepat kepada PH-BN, kita akan segerakan pembinaan,” kata Ahmad Zahid secara berseloroh. – 18 September, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related