HEADLINES

REE: Sanusi sahkan telah beri keterangan kepada SPRM

Beliau memberikan keterangan itu pada minggu lepas dan terdapat empat soalan ditanyakan kepadanya ketika itu

2:35 PM MYT

 

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengesahkan yang beliau telah memberikan keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

Tanpa menyatakan lokasi keterangan itu diberikan, Muhammad Sanusi berkata beliau memberikan keterangan itu pada minggu lepas dan terdapat empat soalan ditanyakan kepadanya ketika itu.

“…saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan berikan kenyataan saya.. sekitar empat soalan. Itu saja,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pada Julai lepas, media melaporkan yang 10 Exco kerajaan negeri Kedah dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes REE itu.

Selain itu, pada 19 Julai lalu, media turut melaporkan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada 20 Julai dilaporkan sebagai berkata SPRM telah merakamkan kenyataan 12 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related