HEADLINES

Saman MB Kelantan, Adun Kota Lama serah kepada peguam

Datuk Mohd Nassaruddin Daud belum membuat permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan seperti dituntut

3:46 PM MYT

 

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama dari Pakatan Harapan Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan proses susulan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassaruddin Daud kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata ia berikutan ADUN Meranti itu belum membuat permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan seperti dituntut berhubung kenyataan yang melabel beliau dan ADUN Galas (Barisan Nasional) Mohd Syahbuddin Hashim menentang perjuangan Islam.

“Tempoh tujuh hari telah berlalu dan insya-Allah saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melaksakankan tindakan seterusnya, jadi kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua ADUN di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohd Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.

Kedua-dua mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan maaf tersebut kepada Mohd Nassuruddin dan tindakan memfailkan saman sivil di mahkamah akan dilakukan jika permohonan maaf berkenaan gagal dibuat.

Bagaimanapun, Mohd Nassuruddin berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf berhubung perkara itu seperti yang dituntut oleh dua ADUN berkenaan. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Related