HEADLINES

Selepas dua dekad, Malaysia buka semula kedutaan di Iraq

Kedutaan Malaysia telah ditutup di Iraq pada Mac 2003 susulan pergolakan dalaman negara berkenaan sehingga memaksa campur tangan antarabangsa.

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua dekad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membuka semula kedutaan di Baghdad.

Kedutaan Malaysia sebelum ini telah ditutup di Iraq pada Mac 2003 susulan pergolakan dalaman negara berkenaan sehingga memaksa campur tangan antarabangsa.

Keputusan untuk membuka semula kedutaan berkenaan telah dimaklumkan oleh Anwar kepada rakan sejawatnya, Mohammed Shia’ Al Sudani dalam pertemuan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat.

“Saya turut maklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup.

“Kami juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Menerusi pembukaan kedutaan tersebut, ia bakal meluaskan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Selain itu, dalam pertemuan berkenaan, Anwar turut memaklumkan kedua-dua pihak turut bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq bersidang semula setelah sekian lama tertangguh.

“Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama yang lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor, terutama ekonomi, pendidikan, hubungan udara, dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu,” ujar beliau.

Anwar berada di New York bagi menghadiri UNGA ke-78 dan beliau dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada 9.30 malam ini waktu Malaysia (9.30 pagi waktu di New York).

Antara isu yang bakal dikongsi Perdana Menteri ialah usaha Malaysia menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa lagi isu global. – 22 September, 2023

Topics

 

Hangat

Zii Jia sets the bar for independent athletes with Team LZJ success

Goh Liu Ying shares the challenges, financial realities of going professional as more Malaysian shuttlers follow Zii Jia’s path

BAM urges BWF to fix venue and air quality issues at India Open ahead of World Championships

BAM has called on the Badminton World Federation to address hygiene, venue maintenance and air quality concerns at the ongoing India Open, warning that similar issues must not be repeated when New Delhi hosts the World Championships in August

Ayer Hitam Forest Reserve: Puchong’s biodiversity hotspot faces pressure from proposed development

Studies highlight rich ecosystem and decades of research at risk as urban encroachment mounts

Related