HEADLINES

Sesi tergempar PBB mengenai Gaza berlangsung malam ini

Laman sesawang PBB akan menyiarkan secara langsung Sidang Khas Tergempar ke-10 yang dijangka bermula pada 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia)

11:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York akan mengadakan sesi khas tergempar mengenai konflik Israel-Gaza pada Khamis.

Laman sesawang PBB akan menyiarkan secara langsung Sidang Khas Tergempar ke-10 yang dijangka bermula pada 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia); dan sehingga laporan ini ditulis, 110 wakil telah disenarai untuk membentangkan kenyataan mereka.

Palestin dijangka menjadi pihak pertama untuk menyampaikan ucapan. 

Pada Rabu, Majlis Keselamatan PBB gagal meluluskan dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan.

China dan Rusia menggunakan kuasa veto untuk mengetepikan draf resolusi yang dibentangkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan resolusi yang disokong Rusia pula gagal memperoleh undi yang mencukupi.

Draf resolusi Rusia yang menggesa pelaksanaan segera gencatan senjata itu ditolak pada Isnin lepas, dan hari Rabu berikutnya, AS memveto resolusi dibentangkan oleh Brazil yang menggesa “humanitarian pauses” untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada jutaan penduduk di Semenanjung Gaza.

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt meningkat kepada 7,028 orang.

Sejumlah 2.3 juta penduduk kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, dan konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya dapat membawa sebahagian kecil bantuan kemanusiaan yang diperlukan. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related