HEADLINES

Sumbangan kerajaan Madani banyak membantu rakyat berjimat, kurangkan bebanan kewangan: Fahmi

Pengurangan harga bagi sektor telekomunikasi sebenarnya banyak membantu rakyat dan mengurangkan kos

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di sebalik pelaksanaan Ekonomi Madani yang bermatlamat mengetengahkan hala tuju ekonomi lebih baik untuk jangka masa panjang demi kebaikan rakyat, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperkenalkan beberapa pakej telekomunikasi mampu milik serta menjimatkan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia adalah satu lagi ‘khabar gembira’ buat rakyat selepas pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan, bagi terus membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat.

“Beberapa pakej dilaksanakan kementerian ini adalah bagi membantu rakyat menjimatkan duit dan mengurangkan perbelanjaan.

“Bagi sektor telekomunikasi, kami (kementerian) umumkan Pakej Perpaduan yang mana sebelum ini (harga) bagi (servis) prabayar menurun ke RM5 sebulan dari RM10. Kelajuan minima meningkat dari 1Mbps kepada 3Mbps, manakala (harga) jalur lebar talian dikurangkan daripada RM89 ke RM69,” katanya kepada Scoop.

Fahmi berkata, bagaimanapun melalui program seperti ‘point of presence’ di bawah KKD, ada penyedia perkhidmatan internet seperti Maxis yang menyediakan perkhidmatan itu pada RM39 sebulan.

“Pengurangan harga bagi sektor telekomunikasi ini sebenarnya banyak membantu rakyat dan mengurangkan kos. Kalau kos bulanan menurun sebanyak RM10 hingga RM40, perjimatan itu boleh kita gunakan untuk membeli barang, makanan dan keperluan lain.

“Sekurangnya, bagi saya dan kementerian, inilah serba sedikit sumbangan yang kita usahakan untuk rakyat,” tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Malah, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berpendapat, isu yang sentiasa difikirkan rakyat adalah melibatkan ‘perut dan poket’, termasuk mencari rezeki bagi memastikan makanan serta penjagaan untuk keluarga.

Justeru, beliau mengulangi komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk program Rahmah untuk diusahakan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Selain itu, Fahmi juga menyenaraikan sumbangan disalurkan kerajaan, termasuk eBelia Rahmah berjumlah RM200 kepada pelajar atau belia berumur 18 hingga 20 tahun, RM100 kredit e-wallet bagi orang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, bantuan khas berjumlah RM300 kepada penjawat awam dan juga RM200 untuk pesara.

Mengulas mengenai pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa sektor komunikasi menunjukkan pengurangan inflasi 3.6 peratus, berbanding dengan inflasi seluruh negara yang berkurangan dari 2.8 peratus ke 2.4 peratus, Fahmi berpendapat bahawa semua diusahakan kementeriannya sudah membuahkan hasil.

“Ini bermaksud, pada ketika banyak perkara lain meningkat, secara realitinya, sektor komunikasi yang saya jaga, harga berkurangan,”

“Saya percaya ini akan banyak membantu rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Fahmi mengumumkan bahawa kementeriannya akan memperkenalkan pakej Rahmah baharu yang membabitkan rangkaian 5G dalam masa terdekat. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related