◉ HEADLINES

Syarat OKU mohon TVET akan dipertimbang semula: PM

Langkah berkenaan akan memudahkan kemasukkan golongan berkenaan ke TVET dengan keupayaan yang dimiliki

4:38 PM MYT

 

JOHOR BAHRU — Kerajaan akan mempertimbangkan semula syarat kemasukan pelajar kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan akan memudahkan kemasukkan golongan berkenaan ke TVET dengan keupayaan yang dimiliki.

Katanya, beliau memandang serius isu mengenai golongan berkenaan dan akan dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

“Majlis TVET dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid, saya akan beritahu dia walaupun ada kelonggaran untuk OKU, tetapi janganlah kenakan syarat seperti dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan.

“Insha Allah boleh, kita beri ruang (melihat semula syarat-syarat TVET bagi pelajar OKU) dan saya rasa tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ruzimi Mohamed dalam sesi soal jawab semasa program Temu Anwar Johor Bahru di UTM, hari ini.

Dr Ruzimi dalam soalannya memaklumkan kekangan yang dihadapi pelajar OKU dalam memohon program TVET yang meminta syarat perlu mempunyai dua tangan sedangkan ada OKU yang boleh melukis dan menulis menggunakan kaki dan mulut.

“Saya faham ada program TVET yang tidak sesuai dengan pelajar OKU, tetapi tidak ada pengukuran. Perlu ada mekanisma baru untuk melihat syarat kemasukkan pelajar OKU mengikut keupayaan mereka,”katanya

Mengulas mengenai soalan Ruzimi mengenai hanya empat kementerian yang memenuhi kuota pengambilan pekerja OKU setakat ini, Anwar menegaskan akan membawa isu kuota pekerjaan bagi golongan OKU dalam jabatan kerajaan ke dalam Masyuarat Jemaah Menteri.

“Saya setuju. Saya akan bawa (isu kuota pengambilan pekerja OKU) dalam masyarakat Jemaah Menteri supaya dapat pastikan semua agensi kerajaan dan kementerian melaksanakan pengambilan pekerja OKU mengikut kuota satu peratus,”katanya. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related