HEADLINES

Tak adil untuk tuduh kerajaan Anwar Nato, ‘reformasi perlukan masa’: Fahmi

Walaupun baru lapan bulan Kerajaan Perpaduan memerintah negara, lapan reformasi sudah dilaksanakan

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan, tidak adil untuk mana-mana pihak membuat tuduhan bahawa Kerajaan Perpaduan umpama ‘cakap tak serupa bikin’.

Beliau berkata, tidak kira mana-mana kerajaan memerintah, pelaksanaan reformasi institusi memerlukan masa untuk melihat perubahan.

“Tak adil untuk tuduh kerajaan ini ‘no action talk only’ (kerajaan Nato) atau (hanya bercakap tanpa tindakan).

“Semua tahu, untuk melakukan reformasi institusi, mana-mana kerajaan pun perlukan masa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, bagaimanapun dalam tempoh hanya lapan bulan selepas Kerajaan Perpaduan memerintah negara, lapan reformasi sudah dilaksanakan.

“Namun, dalam tempoh singkat, lapan reformasi telah pun dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.

“Ini tidak termasuk reformasi lain yang sedang diusahakan. Berhujahlah dengan fakta, bukan gunakan sentimen dan emosi,” katanya.

Lapan reformasi itu adalah Pindaan kepada Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017, Pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat serta penggubalan akta sementara iaitu Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023.

Selain itu, kewujudan peruntukan baharu bagi kesalahan menghendap (stalking) dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, pemansuhan peruntukan kesalahan cubaan membunuh diri Seksyen 309 dalam Kanun Keseksaan, Kertas Dasar berkenaan Rang Undang-Undang berhubung dengan pendanaan politik serta cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597).

Kelmarin, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melabel kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kerajaan nato’ kerana menurutnya gagal melaksanakan reformasi dijanjikan sebelum ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata demikian pada sidang media di Parlimen, bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Azalina memaklumkan mengenai pembaharuan akan dilakukan kerajaan dalam sistem perundangan, termasuk pemisahan kuasa antara peguam negara dengan pendakwa raya.

Ketika membuat kenyataan itu pada sesi penggulungan bagi sidang khas Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, Azalina turut menegaskan, kerajaan pimpinan Anwar adalah kerajaan ‘walk the talk’ (melaksanakan kata-kata) dalam melakukan agenda pembaharuan. – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related