HEADLINES

Tanggungjawab orang Islam semaikan kefahaman sebenar mengenai Islam, elak dieksploitasi pelampau agama

Menurut Perdana Menteri, ada pihak pelampau atau fanatik agama yang berterusan menyerang Kerajaan Perpaduan pimpinannya dengan isu kaum dan agama

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menjadi tanggungjawab orang Islam untuk memperjelaskan tanggapan salah mengenai Islam termasuk yang digunakan pihak pelampau untuk memecahbelahkan perpaduan di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, ada pihak pelampau atau fanatik agama yang berterusan menyerang Kerajaan Perpaduan pimpinannya dengan isu kaum dan agama.

“Ada pelampau-pelampau ini kata tengok, Anwar ni jaga kaum India sahaja bukan jaga Melayu.

“Bila saya pergi cakap soal Melayu, termasuk teks mintak anak- anak Islam baca hadis, dah ada orang India kata tengok Anwar ini Islamis, dia nak propogate (cambahkan) Islam..(jadi) semua tak kena.

“Sebagai seorang Islam, mengetahui perdebatan yang penuh perbalahan berkait isu agama sekarang ini, diekploitasi oleh ektremis dan fanatik Muslim.

“Ia menjadi tugas kita untuk menyemai kefahaman sebenar mengenai Islam supaya mereka (Muslim) boleh membalas kembali hujah termasuk yang dikata kalau sertai parti tertentu ini masuk syurga dan kalau tidak masuk neraka,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur di D’Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambanthan di Brickfields di sini.

Anwar berkata, beliau mahu masyarakat, khususnya orang bukan Melayu memahami mesej disampaikan untuk murid Islam mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebelum ini.

Katanya, segelintir pihak tidak seharusnya berang kerana ia hanya termaktub kepada murid Islam dan tidak ada paksaaan kepada agama lain mempelajari perkara berkenaan.

“Saya tidak kompromi perkara ini, jangan paksa bukan Islam. Mata pelajaran ini untuk anak Islam bagi Pendidikan Islam. Tanyalah dulu, jangan marah dulu, saya harap mesej ini difahami,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu sebuah kerajaan yang bertoleransi dan rakyat bertolak ansur, bukan mewujudkan ketegangan antara kaum.

“Kita mahu kerajaan tolerance (toleransi), kita mahu orang Melayu tolerate (bertolak-ansur), tetapi kalau ada tindakan yang sedikit tidak sesuai, terus kita kecam dan anggap ini melanggar peratuan.

“Ini bukan cara kita patut behave (berkelakuan) sebagai rakyat Malaysia yang sejati, belajar untuk respek dan faham kita ada keutamaan,” katanya. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related