◉ HEADLINES

Terkena, terpijak tahi cicak tak batalkan wuduk: Mantan Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut beliau, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terkena atau terpijak tahi cicak mahupun najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk atau air sembahyang.

Perkara itu dijelaskan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi huraian di Maktabah al Bakri, hari ini.

Menurutnya, wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.

Bagaimanapun, katanya, jika seseorang itu ingin mendirikan solat, maka perlulah dipastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Hal ini kerana di antara syarat sah solat ialah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat,” katanya menjawab soalan daripada seorang individu mengenai video tular baru-baru ini yang menyebut terpijak tahi cicak membatalkan air sembahyang.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN), Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ‘cicak politik’.

Dakwaan itu bersandarkan kerana cicak selalu duduk di masjid dan apabila terpijak najisnya ia akan membatalkan air sembahyang.

“Haji Hadi suka menggunakan perumpamaan Binatang, jadi saya pun ada satu perumpaaan untuk Haji Hadi sebenarnya dia ni sebenarnya cicak politik.

“Sebelum ini dia kata kerengga, orang-orang PAS seluang, Umno itik patah kaki
jadi dia pun sebenarnya cicak politik. Sebab cicak selalu duduk di masjid, di masjid banyak cicak tetapi apabila cicak itu berak jatuh ke karpet masjid, kita pijak batal air sembahyang kita.

“Inilah Haji Hadi, bila dia bercakap sahaja akan rosak,macam-macam perkara dalam negara kita, keluarlah fatwa-fatwa yang gila , tak boleh diterima malah fatwa-fatwanya itu ditolak oleh sebahagian ulamak-ulamak yang ada,” dakwanya.

Susulan kenyataan kontroversi itu, Mohd Shafiq dikecam ramai kerana didakwa tidak memahami hukum yang boleh membatalkan wuduk.

Mengulas lanjut, mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, oleh kerana tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah, maka cara membersihkannya adalah dengan menghilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian mencucinya dengan air sehingga hilang bau, warna dan rasa.

“Dalam situasi di dalam ruang solat (surau atau masjid), sekiranya tahi cicak itu boleh untuk dielakkan, maka jika terpijak, hendaklah segera dibuang kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan solat.

“Namun, sekiranya tahi cicak itu sukar untuk dielakkan kerana terlalu banyak, ia tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan dan termasuk dalam ‘Umum al-Balwa,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related