◉ HEADLINES

Terowong Smart ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir

Ia susulan paras air di beberapa sungai di sekitar ibu negara sudah melepasi tahap bahaya, amaran dan berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak beberapa jam lalu

6:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terowong Lebuhraya Smart ditutup sepenuhnya kepada pengguna, bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat petang ini.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) berkata, penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 5.20 petang tadi.

Ia susulan paras air di beberapa sungai di sekitar ibu negara sudah melepasi tahap bahaya, amaran dan berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak beberapa jam lalu.

“Terowong Smart ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

“Operasi terowong bawah tanah kini mengaktifkan Mod 3, di mana terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan, manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong,” katanya, menerusi kenyataan di media sosial.

Terowong Smart memiliki empat mod operasi, dengan Mod 4 adalah yang tertinggi dan akan diaktifkan sekiranya air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik.

Dalam pada itu, Smart turut memaklumkan susur keluar dan masuk ke Cheras selain Taman Desa telah ditutup sementara akibat laluan berkenaan telah dinaiki air.

“Status Terowong Lebuh Raya Smart juga boleh diikuti melalui laman web Smart di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.

“Pengguna juga boleh menghubungi talian bantuan Smart di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, aliran trafik kawasan di Jalan Peel, Jalan Sri Permaisuri, Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Hang Tuah serta Tunnel Yaacob Latif perlahan disebabkan air bertakung dan banjir kilat. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related