◉ HEADLINES

Tiada kompromi, pengurusan Mara diarah beri laporan penuh isu hidangan telur tembelang

Jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, tindakan tegas akan diambil termasuklah menamatkan kontrak pengendali makanan dewan selera

8:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkompromi terhadap kontraktor dewan selera yang mengambil mudah isu penyediaan makanan pelajar.

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak mesej dan aduan berkaitan telur rebus rosak (tembelang) yang dihidangkan kepada pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Negeri Sembilan, semalam.

“Prinsip saya dalam hal ehwal kebajikan pelajar, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan pelajar.

“Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain. Keuntungan atas kecurangan pastinya tiada keberkatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Asyraf Wajdi berkata, beliau sudah mengarahkan pengurusan Mara untuk memberi laporan penuh berkaitan perkara tersebut selewat-lewatnya petang ini.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang.

“Jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, Mara pastinya akan ambil tindakan tegas termasuklah menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditentukan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa gambar menunjukkan telur rebus busuk dihidangkan kepada pelajar di sebuah MRSM di Negeri Sembilan, semalam.

Dakwanya, ia bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku dan berharap pihak penyedia makanan terbabit ditamatkan kontraknya.

Beberapa pelajar di sekolah terbabit turut didakwa mengalami keracunan makanan selepas makan telur busuk itu. – 1 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related