◉ HEADLINES

Yayasan Akalbudi: Zahid dilepas tanpa bebas 47 tuduhan selepas kes tidak diteruskan

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan kes itu, memohon kepada mahkamah supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah, bahawa pihaknya ingin memberhentikan prosiding bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid yang memberi kesan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.

“Selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah, pihak pendakwaan ingin memberhentikan prosiding ke atas semua pertuduhan terhadap tertuduh (Ahmad Zahid) dengan mengemukakan 11 alasan,” katanya.

Prosiding ditangguh seketika untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan, selepas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan.

Ahmad Zahid, 70, menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan, agar kesemua pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan Januari lalu, manakala kedua dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu pada Februari.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan.

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related