HEADLINES

Tukar kampit beras: Itu syak… tak boleh pakailah, sila kemuka bukti: Mat Sabu

Sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu segera tampil membuat aduan secara rasmi kepada kementeriannya untuk diambil tindakan susulan

4:04 PM MYT

 

SERDANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa pihak yang melemparkan dakwaan, kononnya kampit beras putih tempatan ditukar kepada kampit beras import untuk mengemukakan bukti.

Beliau juga meminta sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu segera tampil membuat aduan secara rasmi kepada kementeriannya untuk diambil tindakan lanjut.

“Kalau ada sila bawa bukti dan buat aduan rasmi,” katanya pada sidang media selepas Sesi dialog Belanjawan 2024 bagi subsektor padi dan beras di Mardi, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengesyaki wujud tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukar bungkusannya kepada kampit beras import.

Menurutnya, tindakan itu dipercayai dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan mudah.

Mengulas kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini mengenai perkara itu, Mohamad berkata, ia cuma pemerhatian awal yang dijalankan pihaknya.

“Itu syak. Saya boleh syak anda ada jumpa orang sekejap lagi… saya syak. Kalau syak tak boleh pakailah,” katanya.

Sementara itu, mengulas dialog yang berlangsung hari ini, Mohamad berkata, banyak isu berkenaan padi dan beras dibangkitkan untuk membantu penggiat sektor berkenaan mengeluarkan output lebih baik pada masa akan datang.

“Antaranya soal subsidi, pengairan kurang sempurna, kawalan harga racun dan baja.

“Dialog pada hari ini suasana hidup kerana banyak pihak memberi pandangan, kritikan dan teguran terutama sekali hal padi dan beras negara,” katanya. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related