HEADLINES

Tun Faisal, Dr Afif antara yang dipanggil beri keterangan pada polis esok

"Saya difahamkan 20 orang akan dipanggil termasuk saya dan menjangkakan (19 yang lain) adalah mereka yang telah memberi ceramah semalam," kata Tun Faisal

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin, adalah antara 20 individu yang dipanggil memberikan keterangan berhubung Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Balai Polis Dang Wangi esok.

Tun Faisal ketika mengesahkan perkara berkenaan bagaimanapun tidak pasti nama-nama individu lain yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan yang dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Katanya, kemungkinan polis akan turut memanggil Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard walaupun beliau tidak berucap di atas pentas himpunan terbabit.

“Saya difahamkan 20 orang akan dipanggil termasuk saya dan menjangkakan (19 yang lain) adalah mereka yang telah memberi ceramah semalam,’’ katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Antara pemimpin yang berucap pada Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia semalam adalah Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali; Tun Faisal, Dr Afif Bahardin dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nadzir Helmi.

Ditanya sama ada semua individu terbabit akan datang secara serentak esok, Tun Faisal berkata, perkara itu mustahil untuk dilakukan.

“Tak semua boleh datang esok, akan ada yang (dirakam keterangan) pada hari lain. Ikut komitmen masing-masing, bergantung siapa yang lapang,” katanya.

Sementara itu, Dr Afif menerusi hantaran di Twitter miliknya turut mengesahkan beliau akan dipanggil polis esok bagi merakam keterangan berhubung himpunan terbabit, yang dijadualkan pada jam 12 tengah hari.

“Saya telah dijemput Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi keterangan berkenaan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

“Insya-Allah, saya akan hadir ke IPD Dang Wangi esok, pada jam 12:00 tengah hari bagi merakam keterangan,” katanya.

Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia itu telah diadakan semalam dengan lokasi himpunan adalah di Masjid Jamek Kampung Baru dan kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Related