HEADLINES

Undi awal PRN: 72,554 mengundi, kadar keluar melebihi 90 peratus

Kedah mencatatkan kadar keluar mengundi paling tinggi dengan 96.0 peratus

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini, menyaksikan seramai 72,554 pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab itu, dengan mencatatkan kadar keluar mengundi melebihi 90 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.

Katanya, Kedah mencatatkan kadar keluar mengundi paling tinggi dengan 96.0 peratus, diikuti Kelantan (93.90 peratus), Terengganu (95.91 peratus), Pulau Pinang (95.01 peratus), Selangor (95.87 peratus) dan Negeri Sembilan (94.05 peratus).

“Manakala bagi PRK (Pilihan Raya Kecil) Parlimen Kuala Terengganu, 1,286 orang pengundi (95.47 peratus) terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis mengundi awal.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, SPR merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penerangan.

“Terima kasih juga kepada pihak berkuasa tempatan, media dan semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama, selain sokongan diberikan kepada SPR,” katanya.

SPR menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai lalu serta hari ini, dengan seramai lebih 9.73 juta pengundi layak akan menjalankan tanggungjawab berkenaan. – 8 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related