HEADLINES

UNGA adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin Khamis ini

Ia sedang mempertimbangkan resolusi baharu mengenai perang Israel-Hamas yang dikemukakan oleh AS selepas negara itu menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi yang menggesa gencatan senjata minggu lalu

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan sidang khas tergempar berikutan permintaan mengenai ‘situasi meruncing’ di Palestin dari Jordan dan Mauritania, bagi pihak beberapa negara.

“Apabila Majlis Keselamatan tidak dapat bertindak, UNGA perlu melakukan sesuatu,” kata Presiden UNGA, Dennis Francis selepas beliau mengumumkan akan memanggil mesyuarat badan yang disertai 193 negara anggota itu, Khamis ini.

15 negara anggota Majlis Keselamatan UNGA kini sedang mempertimbangkan resolusi baharu mengenai perang Israel-Hamas yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) selepas ia menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi yang menggesa gencatan senjata minggu lalu.

Dalam pada itu, mantan Presiden AS, Barack Obama memberi amaran bahawa beberapa tindakan Israel dalam perangnya terhadap Hamas, seperti menyekat bekalan makanan dan air untuk orang awam di Gaza boleh “mempengaruhi sikap generasi baharu Palestin” terhadap negara tersebut.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blog, Medium, Obama berkata, tindakan itu boleh “menghakis sokongan global terhadap Israel, memberi peluang kepada musuh Israel dan menjejaskan usaha jangka panjang untuk mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu.” – Agensi

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related