HEADLINES

Aset rizab rasmi Malaysia cecah AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025: BNM 

Bank pusat berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung IMF

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$119.59 bilion (AS$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain adalah AS$955.2 juta.

Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kata Bank Pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia turut memberikan memberikan maklumat akan datang mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mei 2025 tetap boleh guna,” kata bank pusat itu, lapor Bernama.

BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, antaranya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing berjumlah AS$13.43 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$24.18 bilion, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

BNM turut memaklumkan bahawa unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.63 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$419.0 juta, tambahnya.

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain,” katanya.

BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Pada akhir Disember 2024, aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$116.22 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.50 juta. – 30 Jun, 2025

Topics

 

Popular

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related