HEADLINES

TalentCorp umum Edward Ling CEO Kumpulan yang baru

Edward menggantikan Thomas Mathew yang menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini

12:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengumumkan pelantikan Edward Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuatkuasa 4 November 2025.

Dalam satu kenyataan, TalentCorp berkata, Edward menggantikan Thomas Mathew yang menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini.

Menurut TalentCorp, Thomas, yang menerajui organisasi tersebut sejak 2020, telah melalui fasa pembangunan dan transformasi yang memperkukuh tadbir urus, kemampanan kewangan serta kerelevanan strategik organisasi.

Di bawah kepimpinan Thomas, TalentCorp berkata, organisasi itu berkembang daripada agensi berasaskan program kepada pemudah dasar (policy enabler) dan badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Sementara itu, Pengerusi TalentCorp, Wong Shu Qi berkata, sepanjang lima tahun lalu, Thomas memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kredibiliti dan impak TalentCorp selain mentransformasikan organisasi itu menjadi agensi yang berpandangan jauh, berasaskan data serta mampan dari segi kewangan.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya mengucapkan terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti beliau dan kami turut mengalu-alukan pelantikan Edward Ling untuk menerajui TalentCorp ke fasa baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyifatkan pengalaman kerjaya Edward di institusi ternama seperti LinkedIn, Waze Google, dan L’Oréal Malaysia, memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan digital, memupuk kerjasama antara sektor awam dan swasta serta membangunkan ekosistem bakat serantau.

“Beliau mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam memacu transformasi perniagaan, inovasi digital dan perkongsian strategik merentasi syarikat multinasional serta organisasi berpotensi tinggi.

“Beliau juga pernah memegang jawatan kanan di Doctor Anywhere, Yinson Capital dan Fujitsu Malaysia, dengan pengalaman luas dalam membimbing organisasi melalui fasa pengembangan, inovasi dan pembangunan ekosistem,’’ katanya.

Sim berharap pelantikan Edward dapat meneruskan kerjasama erat bersama TalentCorp dalam memperkukuh agenda tenaga kerja masa depan Malaysia di bawah Kesuma.

“Saya yakin TalentCorp akan terus menggabungkan kepakaran industri dengan pandangan dasar bagi mengukuhkan hubungan antara Kerajaan dan industri, seterusnya memastikan strategi bakat negara kekal sejajar dengan keperluan ekonomi nasional dan global,” katanya. – 3 November, 2025

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related