‘Gaza, Gaza, jangan menangis, Palestin tidak akan mati’, laungan pembakar semangat peserta Freedom For Palestine

Perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu disertai oleh peserta yang berkumpul di situ seawal jam 7 pagi

12:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laungan ‘dari sungai ke Samudera, Palestin akan bebas’ serta ‘Gaza, Gaza, jangan menangis, Palestin tidak akan mati’ berkumandang dalam Himpunan Freedom For Palestine hari ini.

Perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu disertai oleh peserta yang berkumpul di situ seawal jam 7 pagi, dengan semangat yang tinggi sebagai tanda solidariti kepada penduduk Gaza.

Ia adalah himpunan kali keempat yang diadakan di ibu kota sejak dua minggu lalu.

Hari ini, perhimpunan Freedom For Palestine telah dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Seramai 10,000 orang menghadiri perhimpunan berkenaan termasuk rakyat dari negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar; Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin; ketua gereja Goh Keat Peng; pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu serta aktivis hak asasi manusia, Tan Zee Kin.

Setakat ini seramai, 4,385 penduduk Palestin telah terkorban dalam serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu dengan mangsa turut melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa – 22 Oktober, 2023

Hanya ada satu ‘pemenang’ dalam genosid, bilakah dunia akan sedar tentang ini? – Azim Rahman/Scoop, 23 Oktober, 2023
Pelbagai cara digunakan untuk mengekspresikan diri di acara perhimpunan pada hari Ahad. Salah satunya, mengecat muka atau tangan – Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023
Para peserta memakai mafla dengan corak tradisional kufiya sebagai tanda solidariti dengan Palestin, sambil memegang sepanduk yang mencerca aksi-aksi kejam Israel – Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023
Seorang wanita memegang patung yang dibalut dengan kain seolah-olah kain kafan, simbolik kanak-kanak Gaza yang terkorban – Azim Rahman/Scoop, 23 Oktober, 2023
Para peserta tidak gentar mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk semua tindakan kejamnya ke atas penduduk Palestin – Abdul Razak Latif, 23 Oktober, 2023
Walaupun berada di bawah matahari terik, peserta-peserta perhimpunan hari ini tetap menunjukkan solidariti mereka di Dataran Merdeka – Azim Rahman/Scoop, 23 Oktober, 2023
Suasana yang penuh semangat di perhimpunan ‘Freedom for Palestine’ yang diadakan pada pagi Ahad – Azim Rahman/ Scoop, 23 Oktober, 2023
Perhimpunan Freedom for Palestine menyaksikan kehadiran 10,000 peserta, di mana semuanya menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin – Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023
Laungan takbir dan ‘Dari sungai ke samudra, Palestin akan bebas’ bergema di perhimpunan hari ini – Azim Rahman/Scoop, 23 Oktober, 2023
Perhimpunan hari ini menyaksikan kehadiran peserta dari semua peringkat umur dan dari semua lapisan masyarakat – Abdul Razak Latif/Scoop, 23 Oktober, 2023

Topics

Popular

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related