HEADLINES

[TONTON] PRN Johor, Negeri Sembilan jadi petunjuk bila Parlimen akan dibubarkan : Manimaran

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan menjadi petunjuk kepada parti mana yang akan berada di depan dan bila Parlimen akan dibubarkan, kata penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran.

Menurut penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir, keputusan pilihan raya berkenaan akan menentukan sama ada Pilihan Raya Umum Parlimen akan dibubarkan dalam masa lima hingga enam bulan akan datang, 12 bulan atau 18 bulan.

“Saya sudah nampak tingkap itu sudah wujud untuk pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini ada pilihan raya umum 2020, selepas itu enam negeri diadakan.

“Akan ada banyak kelainan dan keunikan yang bermula dari PRN Johor dan Negeri Sembilan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara di Podcast Scoop Insight berkenaan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bersama hos Habibah Omar dan Suzan Ahmad.

Ditanya mengenai peranan parti-parti kecil dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan serta sama ada ia akan menjadi penentu kepada keputusan di kedua-dua negeri itu, Manimaran berkata:

“Parti-parti kecil, sederhana, kecil dan sederhana besar. Kalau kita melihat apa yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018, parti kecil boleh jadi Perdana Menteri.

“Parti kecil pun boleh jadi Perdana Menteri. Banyak berlaku di luar negara pun. Parti-parti yang ada yang lima kerusi, dua kerusi semua bercampur-campur akan menjadi penyokong kepada parti yang boleh membentuk kerajaan. Itu tidak boleh ditolak.”

Beliau turut menyebut parti-parti yang paling stabil adalah dari blok Borneo iaitu dari Sabah ke Sarawak, berbeza dengan 50 tahun lepas di mana blok yang paling stabil adalah semenanjung.

“Sekarang benda itu dah beralih ke Blok Borneo. Sekarang Sabah pun walaupun masa PRU nampak stabil. Di sana ada 56 kerusi Parlimen yang akan datang.

“Semuanya dah beralih dari sini. Ada orang pernah kata mereka lebih rela untuk mengundi parti dari Blok Borneo dalam PRU akan datang dan cakap-cakap berkenaan sememangnya wujud,’’ katanya.

G Manimaran turut menyentuh mengenai parti-parti kecil dan bagaimana ia boleh membuat kejutan dalam pilihan raya. – Gambar Scoop, 30 Jun, 2026

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai Johor dan Negeri Sembilan, Manimaran memberitahu, keputusan di kedua-dua negeri itu akan berbeza disebabkan oleh komposisi dan ciri-ciri yang berbeza.

Di Negeri Sembilan, ujar beliau, berlaku isu adat dan institusi diraja malah kerajaan semasa yang dibentuk di negeri itu juga berbeza dari Johor.

“Masalah adat. Dia akan membawa sedikit (perbezaan). Mungkin faktor-faktor tu akan membawa status quo, mungkin akan kekal. Cuma perbezaan kerusi,’’ katanya.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditetapkan pada 11 Julai ini manakala Negeri Sembilan pada 1 Ogos. – 28 Jun, 2026

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related