HEADLINES

Kerana scammer punya hal, Ellie Suriaty terpaksa buka akaun TikTok rasmi sendiri

Ellie membuka akaun TikTok rasmi atas nama Ellie Suriaty Omar selepas mendapat nasihat ramai teman-teman dalam kalangan penggiat seni

12:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Setelah tiga hari menyuarakan rasa marah dan bengang susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar menjadi dirinya di TikTok, akhirnya pengarah dan pelakon tersohor, Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia telah membuka akaun rasminya di platform media sosial tersebut.

Sewaktu dihubungi Scoop, Ellie memberitahu, dia membuka akaun TikTok rasmi atas nama Ellie Suriaty Omar itu selepas mendapat nasihat ramai teman-teman dalam kalangan penggiat seni.

“Tindakan ini saya lakukan supaya scammer yang telah menyamar menjadi saya itu tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama saya di TikTok.

“Saya juga tidak mahu scammer tersebut terus menipu pengguna media sosial serta mengambil kesempatan di atas nama dan integriti saya sebagai seorang hamba Allah, ibu serta pemain industri kreatif sebelum keadaan menjadi parah.

“Sebelum perkara ini menjadi parah, ia perlu dihentikan,” katanya.

Jelas Ellie lagi, sememangnya dia tidak dapat menahan rasa bengang dan marah sebaik mengetahui ada pihak membuka akaun TikTok dan menyamar menjadi dirinya.

“Di dalam akaun TikTok tersebut, scammer tersebut telah memuatkan naik semua gambar-gambar saya yang dulu-dulu. Paling tidak tahan, bila scammer itu muat naik video lama saya dengan Azri Iskandar dengan kapsyen seolah-olah saya seperti mahu kembali kepada bekas suami saya itu.

“Tolonglah, apa perlunya scammer tersebut berbuat demikian. Kenapa perlu aibkan saya dengan cara itu?

“Saya tidak membuat sebarang laporan polis tetapi saya telah menggunakan akaun Instagram saya untuk memaklumkan tentang kewujudan akaun palsu tersebut dan meminta pengguna media sosial supaya tidak mengikutinya,” katanya. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related