HEADLINES

Saman tetap saman, orang macam ini wajib diberikan pengajaran: Puteri Sarah

Puteri Sarah turut menyentuh isu Abang Tesla serta menasihati wanita supaya bijak berdikari dan tidak bergantung harap pada sesiapa

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Puteri Sarah Liyana akan meneruskan saman terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvineda Mazweena selepas mendakwa masih lagi diganggu oleh individu berkenaan melalui media sosial.

Puteri Sarah yang ketika ini sedang bercuti di Jakarta memberitahu, ramai menghantar mesej kepadanya dan bertanyakan tentang status saman tersebut sama ada ia akan diteruskan atau tidak.

“Ingat datang Jakarta, holiday aman. OK, jawapannya, saman tetap diteruskan, kalau tidak, tidak akan berhenti menyelak. Orang macam nih, wajib diberikan pengajaran supaya tau bila dan diam, bila nak bercakap,” jelasnya.

Terdahulu, bekas bapa mertuanya, Datuk Yusof Haslam membuat kenyataan enggan campur tangan dalam isu Puteri Sarah Liyana dan kakak ipar Ira Kazar.

Namun, pada masa yang sama, produser tersohor itu berharap Puteri Sarah akan dapat menyelesaikan perkara itu dengan sebaiknya dan berharap saman itu tidak akan diteruskan kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, bekas isteri Syamsul Yusof ketika mengulas mengenai isu abang Tesla tentang berkahwin kali kedua, menasihatkan kaum wanita bijak berdikari dan tidak bergantung harap kepada sesiapa.

“Wanita jangan jadi bodoh,. Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba. Kerja keras dan cari duit sendiri. Berdikari dan berjalan keliling dunia.

“Jadi wanita yang bijak dan bermaruah. Jangan bergantung pada sesiapa. Anda berhak bersuara. Sayangi diri sendiri dan tahu nilai harga diri sendiri,” katanya.

Puteri Sarah membuat kenyataan tersebut selepas Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry tampil dalam siri podcast Caprice di saluran YouTube, Caprice Original Films.

Menerusi podcast berkenaan, Abang Tesla mendedahkan tentang pelbagai perkara berkaitan rumahtangannya dan hubungannya dengan isteri pertama dan isteri keduanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related