HEADLINES

Alami gangguan mistik punca Shila Amzah tak sertai GV10, ‘pengalaman itu perit untuk ditanggung’

Menurut Shila, suaranya tiba-tiba hilang menyebabkan dia gagal memberikan persembahan terbaik sewaktu di peringkat akhir

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serik dan perit! Begitulah perasaan penyanyi popular, Shila Amzah selepas mengalami gangguan mistik sewaktu menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), tahun lalu.

Sewaktu di peringkat akhir, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, suaranya tiba-tiba hilang menyebabkan dia gagal memberikan persembahan terbaik.

Menurutnya, sepanjang berkecimpung dalam industri muzik lebih 25 tahun, itulah kali pertama dia berdepan gangguan mistik.

“Apa yang terjadi, saya tak boleh beritahu secara khusus. Tetapi setiap pertandingan, pasti tidak dapat lari daripada elemen mistik.

“Saya tak boleh nak jelaskan dengan lebih lanjut siapa yang buat kerana saya pun tak tahu,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo 3.

Ditanya sama ada itu punca dia tidak menyertai Gegar Vaganza All Stars 10 (GV10), Shila berkata, dia lebih mementingkan kesihatannya.

“Sejujurnya, selepas berdepan pengalaman itu, saya yakin kesihatan adalah paling utama. Menyanyi adalah periuk nasi saya.

“Ada macam-macam lagi perkara yang terjadi. Selagi boleh elak, saya akan cuba elak. Sebab saya pun tak tahu siapa di sebalik perkara mistik itu. Rasa takut itu masih ada.

“Tetapi pada masa sama saya serah dan percaya kepada Allah. Kita usaha dan berdoa. Semoga kita semua dilindungi dan ia tidak berlaku lagi kerana perit untuk menanggungnya,” katanya.

Kongsi pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, ramai peminat kecewa apabila namanya tidak tersenarai sebagai salah seorang peserta GV10.

“Saya tahu mereka sangat kecewa. Tetapi pada masa sama saya harap di mana sahaja saya berada mereka dapat menerima keputusan ini,” katanya.

Shila dan adiknya, Syahir bakal muncul sebagai peserta dalam rancangan Famili Duo musim ketiga yang akan bersiaran bermula 15 Oktober depan.

Program itu akan menemui penonton pada jam 9 malam setiap Ahad di TV3. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related