Dituduh menghasut wanita, ini jawapan Puteri Sarah Liyana kepada Papa Berry

“Poligami itu tidak haram. Saya tidak mengharamkan poligami. Nabi Muhammad SAW adalah lelaki tapi tidak semua lelaki boleh jadi seperti Nabi Muhammad,” kata Puteri Sarah

5:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Dituduh menghasut wanita tentang soal poligami oleh seorang pempengaruh sambilan bernama Fais-Al Hajari atau dikenali sebagai Papa Berry, Puteri Sarah Liyana tidak hanya duduk diam, sebaliknya menyatakan pendirian bahawa dia sama sekali tidak pernah menolak golongan suami yang mahu berpoligami.

“Poligami itu tidak haram. Saya tidak mengharamkan poligami. Nabi Muhammad SAW adalah lelaki tapi tidak semua lelaki boleh jadi seperti Nabi Muhammad.

“Isteri punya hak untuk mendapatkan nafkah zahir dan batin. Dan, jika wanita atau isteri tidak mendapatkan nafkah zahir dan batin, apakah kita wanita perlu menjadi diam dan bodoh?

“Dan, jika sesuatu penceraian menjadikan kita lebih baik dan dekat kepada agama kenapa itu menjadi tidak boleh?” soalnya.

Bekas isteri Syamsul Yusof itu mengeluarkan kenyataan demikian menerusi platform Facebooknya setelah Fais Al-Hajari yang juga seorang juruterapi komplimentari menyifatkan Puteri Sarah seolah-olah menghasut wanita apabila mengeluarkan kenyataan ‘Kalau tak suka, angkat kaki goodbye’ susulan isu Abang Tesla.

Dalam hantarannya itu juga, Puteri Sarah turut mengalu-alukan lelaki yang mahu berpoligami asalkan memiliki tanggungjawab yang sesuai mengikut syariat Islam.

“Jadi kalau lelaki di sini membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka andalah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai takut dengan kenyataan ini.

“Sekali lagi saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah tu kan. Faham ke tidak kenyataan saya,” soalnya lagi.

Terdahulu Fais di dalam sebuah hantaran di Facebook miliknya telah menegur Puteri Sarah dan memintanya supaya tidak menyamakan kehidupannya dengan rumah tangga orang lain.

“Rumah tangga anda hancur tidak bermakna anda boleh mengatakan diri anda sebagai ‘pejuang” hak wanita. Bezakan antara memperjuangkan hak dgn membesarkan ego,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran balas terbaharu kepada Puteri Sarah, Fais yang berusia 43 tahun dan mengamalkan poligami, telah mempersoalkan kenyataan pelakon tersebut yang menafikan dia menghasut.

“Anda kata anda tidak hasut sesiapa? Anda tahu tak ayat anda tu pun dah boleh dikategorikan sebagai hasut? ‘Kalau tak suka, angkat kaki goodbye.’

“Anda ini public figure. Kata-kata anda ada yang diidolasi, jadi ayat semudah itu sebenarnya boleh diletakkan bawah kategori menghasut perempuan supaya ‘angkat kaki goodbye.’

“Dan benda ni adalah satu kesalahan di bawah Akta 559 iaitu Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, di bawah seksyen 38 tertulis, “Seksyen 38,” katanya.

Fais turut menjelaskan Akta 599 di bawah Seksyen 38: Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”- 1 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related