Takkan bersara, Amber Chia akui fesyen, kecantikan sudah mengalir dalam darahnya

Model itu hanya akan melakukan catwalk dengan menjadi ‘muse’ untuk pereka fesyen terbaik dan benar-benar rapat dengan dirinya

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Model terkemuka, Amber Chia memaklumkan dia tidak akan bersara daripada dunia fesyen tanah air termasuk melakukan catwalk di pentas peragaan.

Namun, akurnya dia hanya melakukan catwalk dengan menjadi ‘muse’ untuk pereka fesyen terbaik dan benar-benar rapat dengan dirinya.

Model terkenal ini juga sudah membuka sebuah lagi Akademi Amber Chia di Kota Kinabalu, Sabah yang dikhususkan untuk mencungkil bakat model baharu. – Gambar media sosial, 4 September, 2023

“Saya akan buat catwalk untuk kawan-kawan saya dan menjadi muse untuk mereka dalam acara pembukaan atau penutup pertunjukan fesyen sebagaimana dilakukan semasa Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini.

“Tapi, saya tidak akan bersara dalam bidang ini. Sebab saya sangat mencintai dunia fesyen dan kecantikan. Ia seperti sudah mengalir dalam darah saya. Fesyen dan kecantikan juga adalah kehidupan saya,” katanya kepada Scoop.

Dalam pada itu, Amber berkata, dia sudah membuka sebuah lagi Akademi Amber Chia di Kota Kinabalu, Sabah yang dikhususkan untuk mencungkil bakat model baharu.

“Ia akademi kedua selepas pembukaan akademi pertama di Petaling Jaya pada 2010. Sedar tidak sedar sudah 13 tahun. Akademi pertama berjaya melahirkan ribuan pelajar, model serta selebriti.

“Saya sendiri pun tak mampu senaraikan pelajar yang sudah berjaya. Tapi antaranya, Saroop Roshi yang berjaya dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023 serta Amelia Handerson yang semakin menyerlah dalam bidang lakonan,” katanya.

Malah, Amber berkata, dia gembira kerana akademinya berjaya melahirkan ramai model atau selebriti popular.

“Dulu waktu zaman muda saya menjadi model, saya sangat gembira bila menang dan mencipta kejayaan. Tapi, sekarang, perasaan gembira saya berbeza apabila melihat bakat model yang pada awalnya kurang berkeyakinan, berjaya dan sukses sebagai model atau selebriti.

“Perasaan gembira itu lebih bahagia dan nilainya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ia satu lagi bentuk kejayaan yang penuh bermakna buat diri saya. Itulah yang menjadi kecintaan dan keghairahan saya sekarang ini,” katanya.

Amber bakal muncul dalam sebuah filem berjudul Adoiii Jiwaku arahan Steve Yap yang bakal ditayangkan di pawagam pada 7 September ini. – Gambar media sosial, 4 September, 2023

Dalam perkembangan lain, model kelahiran Sabah itu juga sudah pun melancarkan produk kosmetiknya dikenali sebagai Shero.

“Dengan adanya produk kosmetik ini, saya harap saya dapat membantu wanita di luar sana untuk kekal cantik dan bergaya,” katanya.

Sementara itu, Amber berkata, dia bakal muncul dalam sebuah filem berjudul Adoiii Jiwaku arahan Steve Yap yang bakal ditayangkan di pawagam pada 7 September ini.

“Filem itu menggambarkan tentang 1Malaysia. Saya sendiri tidak sabar menunggunya keluar,” katanya.

Terbitan Lomo Pictures Sdb Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru, Adoiii Jiwaku membariskan pelakon seperti Allahyarham Adibah Nor, Pablo Amir, Ali Arami, E Ramanamohan, Daniel Sher serta Amber Chia sendiri. – 4 September, 2023

Topics

Popular

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related