Demi ubati kerinduan peminat, M Nasir ajak mereka berpesta di Gendang Pati

Kata M Nasir, malam konsert itu akan dipenuhi bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang, bergoyang

9:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiap kali Datuk M Nasir mengadakan konsert, peminatnya akan berpesta, terutama menerusi lagu-lagu nusantaranya yang pantas dan rancak, seperti Tanya Sama Itu Hud Hud, Andalusia, Anak-Anak Kita, Phoenix Bangkit Jadi Abu, Langgam Pak Dogo, Raikan Cinta serta Ada.

Namun, setiap kali berakhirnya konsert komposer dan penyanyi terkemuka itu, peminat masih tidak puas dan seolah-olah rindu dengan muzik serta persembahannya yang sentiasa energetik.

Justeru, konsert Gendang Pati M Nasir Live in Kuala Lumpur anjuran MND Sport & Event Sdn Bhd di Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November ini, pastinya mampu mengubat kerinduan peminatnya.

Konsert diterbitkan Roman Abadi Sdn Bhd itu akan dibarisi pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang persembahan M Nasir – Gambar ihsan penganjur, 5 September, 2023

“Saya bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentas, (saya) masih seorang M Nasir yang sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya secara langsung.

“Ini bukan mengenai saya seorang, tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang sentiasa positif. Pastinya, malam (konsert) itu nanti akan dipenuhi dengan bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang, bergoyang.

“Saya harap Gendang Pati Dato’ M Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi persembahan saya pada tahun ini yang mampu membantu mengisi ‘kecanduan’ semua terhadap karya saya,” kata M Nasir.

Konsert diterbitkan Roman Abadi Sdn Bhd itu akan dibarisi pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang persembahan M Nasir, iaitu pengarah muzik, Nan Alias, yang turut bermain gitar, Rafi Mohd (gitar Rhythm) Norman (gitar bass), Firdaus Mahmud dan Eddie Slam (keyboard) serta Ujang (dram).

Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama, Paang, perkusi tradisional, Mat Din serta barisan pemain perkusi tambahan, iaitu, Che Long dan Anas.

Persembahan itu juga menampilkan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan, selain penyanyi latar, Eja, Widy serta Yuaz.

Tiket persembahan itu yang berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet) boleh dibeli dengan melayari MyTicket.Asia, [email protected] atau talian hotline 03-8605 0195. – 5 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Related