◉ HEADLINES

Adam Shahz masih berkawan dengan gadis yang sama, menunggu waktu untuk menikah

Adam Shahz juga memulakan penggambaran untuk tiga filem sepanjang bulan September dan Oktober ini.

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tidak menyembunyikan status hubungan cintanya, pelakon Adam Shahz tanpa berselindung mengakui dia masih berkawan dan menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang sama tapi bukan dalam kalangan golongan selebriti.

“Alhamdulillah, hubungan kami masih berjalan dengan lancar dan kami sudah kenal antara satu sama lain sejak setahun lebih.

“Tapi masih belum ada kata putus untuk mendirikan rumahtangga. Merancang ke arah itu memang ada cuma jangka waktunya masih belum diputuskan lagi.

“Insha-Allah, jika diizinkan Tuhan, saya memang menunggu detik-detik itu. Cuma macam yang saya katakan tadi, masih banyak perkara yang perlu saya selesaikan dulu.

“Dia bukanlah seorang artis. Bukan saya serik bercinta dengan artis cuma saya takut dengan kawan-kawan sendiri,” selorohnya.

Adam Shahz bagaimanapun agak keberatan untuk menjelaskan lebih lanjut tentang si gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu.

Adam Shahz bakal sibuk dengan penggambaran tiga filem selepas ini setelah bercuti lama. – Gambar media sosial, 7 September, 2023

“Tunggulah…penjelasan lebih lanjut akan saya kongsikan di masa akan datang,” katanya sambil tersenyum.

Tentang kerjaya lakonannya, Adam Shahz berkata, dia akan memulakan penggambaran untuk tiga filem setelah bercuti dalam tempoh waktu yang lama.

“Satu tajuknya adalah Bukan Hantu Biasa-Biasa arahan seorang pelakon Malaysia yang berasal dari Nigeria. Saya memang biasa berlakon dengan dia dan ini projek pengarahan filem pertamanya.

“Filem yang kedua adalah Abu Raksasa arahan Ramdan Che Hassan yang turut dibintangi Azhar Sulaiman dan Datin Maria Farida dan satu lagi Lantara Dosa.

“Ketiga-tiga filem penggambaran filem ini akan menjalani penggambaran pada bulan September dan Oktober. Tapi Alhamdulillah, jadual lakonan saya tidak bertindan sama sekali. Memang Tuhan permudahkan segalanya,” katanya. – 7 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

◉ Related