◉ HEADLINES

Persembahan kebanyakan peserta GV All Stars tak capai KPI kecuali Naqiu: Tok Ram

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, hanya Naqiu berjaya menetapkan KPI yang tinggi untuk konsert minggu pertama dengan persembahan penuh bertenaga

2:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Ketua juri program Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) iaitu edisi All Stars, Datuk Ramli MS mengakui rata-rata persembahan peserta pada konsert pertama yang berlangsung malam tadi tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang sepatutnya.

Naqiu muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 80.75 peratus. – Gambar Astro, 25 September, 2023

“Sesetengah daripada mereka tidak berjaya mencapai KPI. Persembahan mereka tidaklah teruk, tetapi saya tahu ‘standard’ mereka bagaimana.

“Namun ada yang tak dapat mengekalkan perkara itu malam tadi,” katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu pertama.

Pada masa sama, Ramli turut memuji Naqiu yang berjaya membuat persembahan dengan baik menyampaikan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal, Jaclyn Victor.

“Naqiu merupakan seorang penyanyi yang punya karisma dan ‘stage presence’. Dia hanya keluar seorang diri di atas pentas dan dia berjaya mengawal persembahannya dengan versi tersendiri. Tenaganya sangat luar biasa.

“Inilah apa yang saya mahukan dalam GV10. Inilah KPI yang sepatutnya. Tetapi perkara ini akan jadi beban buat dia. Kerana dia telah set KPI yang tinggi. Yang lain saya pasti akan mula mengejar dia. Tetapi saya gembira kerana ada cabaran di situ,” ujarnya.

Datuk Ramli MS mengakui rata-rata persembahan peserta pada konsert pertama yang berlangsung malam tadi tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang sepatutnya. – Gambar Astro, 25 September, 2023

Pada malam konsert GV10 yang pertama, Naqiu muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 80.75 peratus.

Tempat kedua pula dimiliki Liza Hanim, ketiga Jaclyn Victor, keempat Nikki Palikat dan kelima Hardy Mirza.

Cliff Umar pula muncul sebagai peserta yang mendapat markah tercorot di tangga ke-16 iaitu sebanyak 50.50 peratus. – 25 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

‘Live well without overspending’: Malaysia 7th best country to retire for expats

Affordable and quality private healthcare, visa and housing options favour Malaysia in International Living’s index

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related